fuuuhhhh...fuuuuhhhhh.. *tiup habuk*
ok clean! heee...
rasanya macam da lama tak sentuh blog nie..*errr..bukan macam miera tapi memang!*
ada lah dalam beberapa bulan kowt??
soo first of all salam maal hijrah :)
lambat pulak wish..well better late than never kan? kan??
kenapa tetiba rasa nak tulis entry baru? kenapa nak blogging?
ada dua sebab.....
firstly sebab istanbul aku datang!!!!
ohmai!! best sangat!!
superb! love lisa n beto soo much!
kedua...sebab arie tuh *to be exact hari khamis* hujan lebat..
soo kenapa ngan hujan kan? hahaha
sebab time hujan lebat adalah time yang perfect and sangat lah mengundang untuk mengenang kembali segala apa yang telah terjadi di masa lalu dan juga time yang perfect untuk fikir segala masalah di masa kini dan time untuk plan masa depan! hohoho...
sebenarnya banyak sangat-sangat benda yang dah jadi tahun nieee!
soo ape jadi??? haaaa *secret*
hahaha..tak kan nak cerita details kan..
cukup sekadar tahu hanya permukaannya sahaja..
sebab rasanya amatlah perit untuk menyingkap kembali masa lalu
dalam pelajaran..dalam perhubungan...
banyak sangat..
boleh dikatakan tahun yang memberi banyak kenangan pahit sebenarnya
namun setiap apa yang berlaku ada hikmahnya bukan?
jadi sebagai seorang hambaNya aku hanya mampu redha dan berdoa semoga diberi sinar bahagia selepas penat menyulam duka..aceh ayat novel!
hahaha..bangga cikgu ummu nie :))
dan...alhamdulillah sekarang my life is better! *tadah tangan syukur*
betul kata orang pengalaman mematangkan kita..segala ujian dan cabaran mejadikan kita seorang hamba yang tabah dan sabar..dan yang paling penting adalah supaya kita belajar dan tidak lagi mengulangi kesalahan itu..
jujur ku katakan bahawa segala yang terjadi memang banyak hikmahnya..
aku kini sedar siapa sebenarnya yang sangat menyayangi diri yang serba kekurangan ini..
terima kasih sangat kepada en. dublin sebab tidak putus asa dan masih setia menunggu..
terharu sangat dan maaf kerana pernah mengecewakan dan mematahkan hati yang selama ini hanya mencintai dan menyayangi diri ini..maaf kerana pernah keliru..kini ku sedar bahawa en dublin ini lah yg akan selalu ada di hati..di tempat yang teristimewa..bukan orang lain..walau apa jua yang berlaku hati ini tak akan mampu untuk membuang namanya kerana ia telah terpahat kemas di tempatnya..rasa syukur sangat sebab diberi kesedaran dan dibukakkan mata untuk melihat siapa sebenarnya cinta hati ini..soo kepada en dublin i love u soo much sayang!..may we last till jannah! insyaAllah :)
lets be a good Dr! hehe..love u hubby! <3
tahun ini juga aku kehilangan beberapa kawan..tak sangka semua ini berlaku namun mungkin pemergian mereka dalam hidupku adalah yang terbaik..jujur aku sayang mereka namun Allah tahu apa yang terbaik untuk diri hambaNya ini..dan alhamdulillah kini aku mempunyai sahabat baru! they are ohsem!!! sayang mereka sangat...semoga Allah memberkati hidup kami dan semoga kami bahagia selalu..hehe..Kau lindungilah mereka-mereka yang aku sayangi Ya Allah..
wif awin sayang <3
wif ohsem iman <3
girls day out! :))
sayang sangat! xoxo
soo apa kes dengan pelajaran??
errrr...beratnya nak tulis..huuh..*ambil kekuatan*
mungkin ramai tidak tahu yang aku kena repeat year!!
ohmaiiiiii!!!!! sedih sangat..apa yang terjadi tahun ini memberi impak dalam studies!
menyesal sangat..namun apa yang terjadi ada hikmah bukan?
soo be positive! get up and fighting!
once again..alhamdulillah sekarang nak masuk module ketiga dah..membrane and receptors..cepatkan masa berlalu..rasanya seperti baru semalam aku mendapat berita ini..syukur kerana aku mendapat kekuatan untuk menerima semua ini..jauh di sudut hati aku sebenarnya syukur sebab repeat? ok kau pelik sangat nie miera..huhu..soo kenapa syukur?
sebab aku nak mulakan dari awal..sebab aku tidak perlu melihat muka-muka yang telah melukakan hati ini sehingga hancur berkecai..bukan mahu larikan diri tapi ini adalah yang terbaik..supaya aku dapat melupakan segala yang terjadi dan mulakan hidup baru..dan sebab junior aku sangat lah ohsem!!..hahaha..diorang sangat rajin dan bagus..environment sebegini mampu menaikkan semangat aku..haha..yelah malu kowt klu fail exam..yelah dah dua kali belajar kan..hahaha..dan..dan..ada junior yang hensem dan tough! hahaha...semangat jeq nak melangkah ke kelas..
*ok miera over niat belajar sebab allah bukan nak usha junior*
*betulkan niat*
tapi kalau lua kelas tak apa lah kan?
hahaha
jadi benar apa yang terjadi ada sebab musabab nyer..dan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..hanya yakin dengan ketentuan Illahi...all iz well..*tetibe*
hahahaha..akhir kata sempena maal hijrah ini semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu..insyaAllah tuan punya jari-jari yang menari-nari atas keyboard nie juga sedang berusaha menjadi muslimah yang lebih baik..doakan yee..
salam sayang
miera
p/s : thanks en dublin sebab selalu jenguk blog nie and sory sebab lama tak update..hehe..miss u! <3
p/s : pic mesti macam pernah tengok kan..hahaha..sebab sume amek instagram..haha..sebab semua pic kat ipad..malas transfer!
p/s : rindoo sangat dekat en dublin..asyik busy jeq.. :((
_____________________________________________________________________________
thanks for reading...likes and comments are highly appreciated...do come again.. :)
_____________________________________________________________________________
0 comments on "permulaan baru :)"
Post a Comment